
Sulit
3 tahun
Saya nak mengandung tapi sudah
Umur Sy 36 thn saya dah kahwin 2 Tahun tapi sudah nak hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Merujuk kepada kenyataan anda tentang susah hamil, sebetulnya ketidaksuburan dapat terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan seperti bentuk rahim
- masalah hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- akibat jangkitan jangkitan kelamin
- akibat endometriosis yaitu apabila tisu rahim tumbuh diluar rahim
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Memandangkan anda telah berkahwin selama dua tahun, sebaiknya anda merujuk doktor untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.