
Sulit
3 tahun
Saya nak mengelakkan hamil makan postinor 2
Saya telah mengambil postinor 2 1 tablet pukul 2 petang. Tablet ke 2 pukul berapa kah Saya harus ambil untuk mengelakan hamil.bolehkah doktor jelaskan lanjut. Tentang pengambilan postinor 2 tablet

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui bila anda perlu mengambil pil kedua pil perancang kecemasan dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, tablet kedua pil perancang kecemasan perlu diambil 12 jam selepas mengambil pil pertama untuk mendapatkan kesan yang optimum daripada pil perancang kecemasan.
Jika tidak mengikut jadual atau masa yang ditetap risiko untuk hamil adalah tinggi.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor