
Sulit
4 tahun
Saya nak tahu penyakit saya ni
Saya nak Tanya dokter sebelum saya pernah kena vertigo berputar 7 Keliling tapi saya biarkan tak pergi klinik lepastu dh x rasa. ni kali kedua saya kena tapi yang ni dia pelik sikit. Masa mula saya kena (1)pengelihatan ganda yang kedua (2)saya rasa pening berputar tapi tak seterok pertama kali saya kena. boleh jln lagi tapi rasa pening lah
Yang ketiga(3)saya rasa mcm bukan diri saya x tahu kenapa dari segi pandagan saya lah kadang2 saya termenung saya fikir saya ni sakit apa Cuba dokter jelaskan. Saya takut vertigo peripheral ke sentrel

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah vertigo atau pening kepala sehingga rasa melayang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda amat disyorkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya masih ragu-ragu. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala .