Sulit
3 tahun
Saya nak tahu tentang kesukaran hamil
Doc … saya sudah berkahwin6 bulan . Tetapi belum mempunyai anak . Haid saya juga teratur . Boleh saya tahu kenapa saya sukar hamil
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sukar untuk hamil ini memerlukan maklumat terperinci dari segi anda dan juga pasangan. Hal ini kerana, kesukaran untuk mengandung boleh disebabkan:
- Faktor wanita - seperti Sindrom Polisistik Ovari, tiub fallopian tersumbat, masalah hormon
- Faktor lelaki - seperti sperma kurang, atau tidak aktif, masalah hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda dan suami disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.