
Sulit
3 tahun
Saya nak tanya mengenai masalah saya ni
Td saya keluar naik ketew dengan perut kosong. dalam masa yang sama saya dalam mod takut sgt² n risau xkena tempat tanpa sebab sampai terasa nak muntah² tapi xkeluar isi sebab perut kosong.sampai kt satu tmpt saya rasa xselesa nak bernafas.bila balik rumah saya minumlah air dua cawan.rilek kejap hilangkan rasa takut n risau tu pastu saya sendawa2(padat jgk sendawa saya tu)… klu malam susah sikit nak tdow saya suka ckp dlm hati pastu bangun awal. saya ni sakit ape sebenarnya? Bahaya ke? Dulu xde skrg plak ade. Ganggu harian saya. Saya dah ibarat mcm patung xyah buat ape2.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu perasaan takut dan risau yang berlebihan. Untuk makluman anda, secara umum, kondisi yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, dimana ianya memerlukan pemeriksaan lebih lanjut oleh doktor pakar:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan penyesuaian diri disertai gangguan kepribadian yang lain
- gangguan spektrum personaliti anti sosial disertai depresi ringan
- gangguan stres oleh faktor kerja, masalah personal atau kondisi kesihatan
- atau gangguan yang lain
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan / kerisauan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.