
rieyza90
4 tahun
Saya nak tanya tentang ubat dupshton
saya wanita berumur 29 tahun. dan sudah 2 tahun berkahwin. apakah ubat duphshton boleh membantu saya untuk hamil? sebelum ni saya ada berlaku pendarahan dan dapat ditangani oleh pil dupshton atas saranan doktor…dan selepas saya ambil pil tersebut. haid saya kembali teratur. apakah peluanh saya untuk hamil akan berjaya selepas mengambil duphshton?

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Fungsi fungsi ubat Duphaston adalah:
- menyelesaikan masalah pendarahan haid yang melampau
- membantu memastikan kitaran haid akan kembali menjadi sekata iaitu pada setiap bulan
- membantu mencegah masalah sakit yang melampau ketika datang haid.
- membantu mengurangkan simptom Endometriosis
- kuatkan rahim dan memastikan tidak berlaku keguguran.
Untuk meningkatkan peluang anda mengandung, anda boleh mengamalkan cara cara berikut:
- Hindari tekanan dan carilah cara untuk melepaskan tekanan seperti beriadah
- Amalkan pemakanan sihat yang merangkumi semua kumpulan makanan dan meminum air dengan banyak.
- Amalkan pengambilan vitamin termasuk zat besi, kalsium dan asid folik untuk wanita serta zat besi dan selenium untuk lelaki.
- Elakkan sama sekali rokok, dadah dan alkohol. Bagi lelaki, elakkan haba yang keterlaluan kepada testis seperti memakai seluar ketat, berbasikal yang terlalu lama dan tub panas.
- Jangan bergantung kepada kalendar atau carta kesuburan semata-mata tetapi gunakanlah kit ramalan ovulasi.
- Lakukan persetubuhan sebelum ovulasi. Adalah lebih baik jika sperma telah tersedia dalam rahim sebelum telur dilepaskan melalui proses ovulasi.
- Sekiranya anda mendapati sukar untuk hamil setelah mencuba semua di atas, jumpalah doktor pakar bagi memastikan anda berdua sihat sepenuhnya.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih