
Anonymous
6 tahun
Saya penghispa rokok tidak tegar , rokok yg saya hisap ialah gudang garam suria
Orang kata ada ganja dlm rokok suria . Saya ambil keputusan utk minum ubat sachet ural . Adakah urine saya boleh bersih selepas ambil ural ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada kajian yang spesifik mengenai rokok jenama ini. Oleh itu, mengenai peratusan ganja yang terdapat di dalam nya adalah tidak diketahui. Selain itu, Ubat sachet ural digunakan untuk merawat penyakit kencing kotor yang disebabkan oleh bakteria, virus atau pun penyakit lain. Ia tidak dapat merawat pengambilan apa-apa jenis dadah.
Bagi mengetahui maklumat lanjut , anda amat disarankan unutk merujuk masalah ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.