
Sulit
3 tahun
Saya period selepas 5 hari makan postinor
Saya ada pertanyaan. Baru2 ni saya ada bersama dengan suami selepas saya period. Saya last period 10hb. 11hb saya bersama dgn suami. Dan dlm keadaan tak sengaja, suami terpancut dalam. Dan kurang dari 30 minit, saya ada makan postinor 1 biji. Kurang dari 24 jam, saya ambil lagi 1 biji. Dan harini 16/6, tiba2 saya rasa vagina saya berdarah. Adakah itu side effect dia? Adakah ubat itu berhasil atau tidak? Dan adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang pendarahan yang anda alami setelah pengambilan pil perancang kecemasan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jika anda mengalami haid setelah pengambilan pil perancang kecemasan, maka potensi untuk anda hamil adalah rendah. Cara untuk mengetahui keberkesanan pil tersebut adalah apabila anda mengalami haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal.
Kesan sampingan yang biasa adalah keletihan, mual dan muntah.
Namun, selain pil perancang kehamilan, pendarahan vagina di luar waktu haid yang sepatutnya boleh disebabkan oleh kondisi kesihatan yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian doktor segera, seperti:
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.