Sulit
4 tahun
Saya rasa demam dan sakit kepala,suhu badan juga tak menentu
Saya pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan kesihatan, tetapi doctor tidak dapat kesan penyakit yang saya alami.Saya tidak berselera untuk makan dan tidak rasa lapar,sakit kepala,pening,rasa nak muntah. Sudah 4 hari saya belum sembuh.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana keluhan demam adalah bersifat subjektif selagi anda tidak memeriksakan diri dengan termometer dan menyatakan suhu tubuh anda.
Namun, demam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
- demam denggi
- viral
- penyakit tuberkulosis
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Keterangan ini ialah jawapan secara am.