Anonymous
6 tahun
Saya rasa sakit bahagian dada kanan satu titik sahaja bukan semua dada kanan , dan saya rasa sakit bahagian atas rusuk sebelah kanan , saya telah mengalaminya selama 2 bulan
Assalammualaikum , doktor nama saya din umur saya 20 dan saya rasa sakit bahagia satu titik bahagian dada sebelah kanan atas tapi bukan semua bahagian dada kanan dan kadang-kadang saya rasa tidak selesa seperti ditusuk-tusuk bahagian bawah dada sebelah kanan juga tapi satu titik sahaja dan ianya berlaku kadang selepas saya makan dan ianya akan sakit kuat ketika waktu malam … sekian Terima Kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit jantung
- masalah dengan paru-paru seperti (jangkitan kuman dan bakteria, pneumonia)
- paru-paru kecut (pneumothorax)
- sakit otot (costochodritis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































