
puteri090311
5 tahun
Saya rasa sakit dkt kemaluan dan merah dkt celah kemaluan kemudian serpeti melecur apa bila saya basuh atw buh ubat sgt pedih sekali n gatal bole Doctor tlong beri penjelasan masalah saya
hye doctors saya seorang wanita berumor 16 tahun

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan gejala kegatalan dan sakit pada kemaluan anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit kulit seperti ekzema atau psoriasis
- Penyakit imun seperti lichen sclerosis/planus
- Dermatitis alahan pada kain atau pad
- Jangkitan kulat
- Jangkitan dalam vagina seperti kandidiasis
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.