Sulit
4 tahun
Saya rasa tak puas untuk tarik nafas panjang dan dalam-dalam lebih kurang 3 minggu kebelakangan ini
saya lelaki berumur 33 tahun dan saya susah untuk rasa puas tarik nafas dalam-dalam.saya alami perkara ini sudah 3 minggu.saya telah lakukan ECG dan x-ray dada tetapi tiada masalah yang dapat dikesan oleh doktor
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda yang mengalami masalah pernafasan. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala yang anda terangkan adalah terlalu umum dan boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti :
- Alahan
- Jangkitan pada saluran pernafasan
- Asma
- Radang paru-paru
- COPD
- Masalah jantung
- Keresahan
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor sekali lagi bagi mendapatkan kepastian mengenai tahap kesihatan anda. Anda juga boleh mendapatkan pandangan doktor kami secara atas talian sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





































