
Sulit
3 tahun
Saya risau sekiranya saya akan hamil atau tidak
semasa dia mengeluarkan air mani dia atas perut saya , saya lap air mani itu. dengan underwear saya , lalu saya lap bahagian luar vagina saya menggunakan underwear tersebut , adakah saya mempunyai risiko untuk mengandung ? saya harap doktor boleh menjawab soalan saya dengan pantas , terima kasih atas kerjasama doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, syarat untuk terjadinya kehamilan adaah apabila terjadinya persenyawaan antara ovum dan sperma di dalam rahim. Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa anda hanya menggunakan underwear tersebut untuk lap bahagian luar daripada vagina anda, adalah besar kemungkinan anda tidak akan hamil. Hal ini adalah sperma mempunyai tempoh hayat yang tertentu jika berada di luar tubuh.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan