
Sulit
4 tahun
Saya Sakit kepala setiap kali period utk hari pertama
Saya hari pertama period, boleh ka saya minum ubat panadol?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda boleh mengambil ubat tahan sakit untuk mengawal gejala yang dialami tetapi pemeriksaan oleh doktor perlulah dilakukan pada masa yang sama untuk mengetahui mengapakah anda mengalami gajala sakit kepala tersebut. Masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh beberapa punca, seperti:
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
- Simptom haid (menstrual symptoms)
- Tekanan darah tinggi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.