
Sulit
4 tahun
Saya sakit pinggang hampir setiap hari
saya mengahadapi sakit pinggang sejak 2 tahun ini.sebelum ini hanya disebabkan duduk terlalu lama atau mengangkat benda yang berat.
Tapi sejak 3 bulan ini ianya berlaku hampir setiap hari.
untuk pengatahuan doc saya merupakan pengidap gastrik dengan mengamalkan ubat omesec sejak tahun 2005.
soalan saya adakah ini disebabkan penggunaan omesec yang berterusan atau factor sebab lain?
terimakasih kerana membantu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor sakit pinggang. Antaranya ialah:
- Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
- Patah tulang rusuk
- Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
- Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
- Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )
Tambahan, sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat omesec, walaupun ia merupakan kesan sampingan yang jarang berlaku sama seperti sakit kaki dan sakit tekak dan kemerahan pada kulit setelah memakan ubat omesec. Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor, dan memberi aduan tersebut kepada doktor anda supaya penanganan selanjutnya boleh diambil seperti pertukaran ubat atau tindakan lain yang bersesuaian. Memandangkan anda mengalami sakit pinggang ini hampir setiap hari, nasihat saya, jangan berlengah lagi.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih