
Sulit
4 tahun
Saya sakit seperti buasir semasa ingin membuang air besar tetapi tidak berdarah
Saya lelaki berumur 28 tahun. Saya mengalami sakit semasa ingin membuang air besar. Saya juga positif sebagai pembawa dan penyebar gonorrea. Saya dah study apa itu gonorrea tetap saya masih belum menemui jawapan seperti saya yang berikut. Soalan saya, bagaimana bakteria boleh wujud dgn sendirinya dalam badan saya sedangkan saya x melakukan hubungan seks dgn org ketiga.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan yang anda hadapi iaitu sakit ketika buang air besar. Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi kerana maklumat terhad yang anda berikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, gonorrhea disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae. Bakteria gonore sering dijangkiti dari satu orang ke orang lain semasa hubungan seksual, termasuk hubungan oral, dubur atau vagina.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya penyakit gonore pada manusia. Wanita yang aktif secara seksual lebih muda dari 25 tahun dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki berisiko tinggi mendapat gonore. Faktor lain yang boleh meningkatkan risiko anda termasuk:
- Mempunyai pasangan seks yang mempunyai pasangan lain
- Mempunyai lebih daripada satu pasangan seks
- Mengalami gonorea atau jangkitan kelamin lain
Gonore yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi besar, seperti:
- kemandulan pada lelaki
- kemandulan pada wanita
- Jangkitan yang merebak ke sendi dan bahagian lain badan anda.
- Peningkatan risiko HIV / AIDS.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah