
Sulit
4 tahun
Saya sedih bila saya keseorangan
Haii Nama saya Najma. saya perempuan .umur sy 18 tahun untuk tahun 2021 .saya ambil SPM tahun 2021. Saya tak tahu macam mana nak cakap tapi apa yang saya boleh simpulkan saya asyik fikir nak mati je. Saya pernah masuk wad psikiatritapi saya Rasa macam doktor tu xamik perhatian pun kat saya. Saya selalu nangis.Baru baru ni mak saya tidak tegur dengan saya pun selepas saya masuk wad tu. Saya masuk wad tu pun sekejap je. 1 Hari setengah je.saya Rasa hidup saya kosong.saya jadi orang Yang malas. Ibu saya xbenarkan saya jalani rawatan sebab Tu Ibu saya tidak tegur saya. Saya tidak tahu nak wad ape. Kadang2 saya ok. Kadang2 saya xok. Bila saya masuk wad psikiatri Tu , saya ada cakap kat nurse Tu nak jumpa dengan doktor tapi dia tidak bagi.saya sedih. Macam nurse Tu tidak bagi saya selesaikan masalah saya.saya Rasa macam tiara orang pun nak tolong saya. Saya Rasa macam nak bunuh diri tapi saya takut. Saya Buntu. Saya sekejap ok sekejap tidak ok. Doktor tolong lah Bantu saya …saya nak orang tolong saya. Ke data ni menang tiada orang nak tolong.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah psikologi. Untuk keadaan anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya anda dapat diperiksa dengan lebih lanjut dan rawatan atau bantuan dapat diberikan kepada anda.
Terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami keadaan sedemikian:
- Kemurungan (depression)
- Masalah personaliti
- Mempunyai masalah hubungan dengan orang sekeliling
- Stres atau tekanan emosi
- Kurang rehat
Anda tidak perlu risau kerana masalah yang anda hadapi ini boleh dikawal dan dirawat. Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- Cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat yang anda percaya
- Jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- Jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- Mendapatkan rehat / tidur yang secukupnya
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.