
Sulit
4 tahun
Saya selalu berasa penat sehingga ingin bunuh diri
Saya berumur 22 tahun, saya selalu overthinking sehingga menyebabkan saya rasa takut gelisah. Saya juga selalu over thinking benda yg sudah terjadi. Cth: tgh saya bawa kereta sudah smpai rumah saya akan terfikir kalau saya bawa td saya langgar apa2, saya fikir sampai saya rasa gelisah. Saya juga ada perasaan penat sehingga saya rasa putus asa dgn hidup saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah yang anda alami ini boleh disebabkan oleh:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- kurang rehat/tidur
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar dimana penerangan lanjut, diagnosis serta rawatan boleh diberikan.
Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.