Sulit
3 tahun
Saya sembelit dan pregnant 24weeks. Boleh saya guna ravin enema?
Saya sembelit dan pregnant 24weeks. Boleh saya guna ravin enema?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit memang sering berlaku kepada wanita mengandung.
Berikut merupakan cara untuk mengatasi masalah ini:
Banyakkan serat dalam pemakanan
Banyak minum air
Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Akan tetapi, untuk mendapatkan rawatan perubatan seperti yang anda ajukan, anda harus mengajukan masalah ini dengan doktor. Hal ini kerana secara amnya, enema tidak digalakkan untuk diguna semasa mengandung melainkan doktor yang memberi preskripsi tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.