Sulit
5 tahun
Saya seorang lelaki ada masalah ejakulasi terlalu awal
saya nk tanya adakah ejakulasi pramatang primer boleh dirawat sebab setahu saya PE ada dua primer dan sekunder? terima ksih dr
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah ejakulasi terlalu awal. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Rawatan secara umumnya yang boleh dipraktikkan kepada lelaki yang mempunyai masalah ini adalah:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Mendapatkan rawatan psikoterapi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ejakulasi terlalu awal kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































