
Sulit
5 tahun
Saya seorang perokok mengalami sakit tekak dalam 2 hari ini dan saya tidak mengalami batuk ataupun demam
saya lelaki dalam lingkungan 30an saya seorang perokok tetapi dalam tempoh 2 hari ini saya mengalami sakit takak apabila saya kurang mengambil rokok saya tidak demam taupn batuk perlukah saya membuat saringan covid19

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- dehidrasi
- cuaca panas
- pneumonia
- radang tonsil
- trauma pada tekak
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.