
Sulit
4 tahun
Saya sering rasa berdebar secara tiba-tiba, sesak dada dan menggeletar
Saya wanita, berumur 30tahun, saya…saya kerap rasa berdebar, dada rasa nak meletup, lepas itu tangan dan badan rasa menggeletar. Kenapa ye?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Sakit dada yang amat membimbangkan ialah sakit dada akibat jantung.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal.
Terdapat beberapa punca yang boelh menyebabkan berlakunya hal ini .Antaranya ialah:
- Angina
Angina adalah istilah gejala kesakitan atau ketidakselesaan di tengah-tengah atau sebelah kiri dada ketika membuat sesuatu aktiviti fizikal dan reda apabila berehat atau berhenti membuat aktiviti fizikal tersebut. - Serangan Jantung
- Serangan jantung berlaku apabila bekalan darah ke jantung tiba-tiba terganggu, biasanya oleh bekuan darah.
- Perikarditis
- Ini adalah keradangan kantung yang mengelilingi jantung. Ia biasanya menyebabkan rasa sakit yang tajam yang menjadi lebih teruk apabila anda bernafas atau ketika anda baring.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.