
yayaohsem14
4 tahun
Saya sering sakit tiap bulan
Saya berusia 24 tahun. Perempuan. Saya sering sakit demam, lenguh badan, selesema, lesu, cepat letih. Ada juga kena jangkitan di tekak, dan dalam telinga, ada juga gatal gatal di badan.(sekali je kena, tpi dalam tempoh 3 bulan). Saya fikir nak ambil supplements vitamin C. Boleh ke?. Tinggi 161cm berat 40kg. Underweight. Kitaran haid normal/on time,Tak pernah ada masalah. Terimakasih dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Anda boleh mengambil suplemen vitamin C tanpa sebarang nasihat atau preskripsi doktor. Anda perlu memastikan bahawa pengambilan vitamin C tidak melebihi dos yang disyorkan kerana boleh mendatangkan kesan seperti cirit-birit.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.