
Sulit
4 tahun
Saya sering susah nak bernafas , bila saya bernafas perut saya sakit dan dada saya menaik
saya mnglami sukar untuk brnafas takkala ptg , pagi , malam .bila saya ingin brnafas perut saya brasa sakit dn dada saya rasa sesak. bole saya thu punca ksihatan ni ? dan macammana untuk baik pulih ia ? atau kurangkan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Simptom sesak nafas boleh berlaku disebabkan beberapa perkara dan juga boleh juga mengkaitkan simptom rasa sakit di perut waktu ingin bernafas. Jawapan ini merupakan penjelasan yang am dalam masalah yang ditanyakan. Antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan sesak nafas ialah:
- Penyakit asma
- COPD; masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Obesiti
- Makan berlebihan
- Penyakit jantung
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Saya sarankan untuk merujuk kepada doktor di klinik berdekatan jika anda mengalami simptom-simptom ini:
- kaki bengkak
- sesak nafas waktu baring dan berehat
- demam panas
Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, seeloknya anda merujuk kepada doktor kerana banyak informasi dan pemeriksaan yang perlu diambil kira sebelum menetapkan punca masalah ini. Anda boleh klik di sini (DoctorOnCall) untuk menghubungi dengan doktor kami secara peribadi atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Sesak nafas menjejaskan aktiviti harian anda? Dapatkan nasihat daripada pakar respiratori!