
Sulit
4 tahun
Saya sudah terlewat haid 33 hari dan upt negatif
Saya wanita berumur 22 tahun mempunyai seorang anak berusia 1 tahun 7 bulan. Sekarang saya sudah lewat haid selama 33 hari. Saya sudah membuat ujian kehamilan di rumah menggunakan UPT tetapi semua hasil adalah negatif. Pada hari ke 27 lewat haid, keluar keputihan berwarna coklat. Keesokan harinya terdapat sedikit darah pada kemaluan. Tetapi tidak ada sebarang darah di tuala wanita apabila saya menggunakan tuala wanita selepas itu. Perkara ini terjadi selama 3 hari. Darah keluar pada masa tertentu sahaja dan tidak ada kesan di tuala wanita. Saya hanya merasakan cramp yang ringan sahaja tidak seperti kebiasaan. Perut bahagian bawah saya sekarang keras dan sedikit buncit dari biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda yang diperihalkan di atas, masalah haid lewat serta keputihan berwarna coklat yang disampingi oleh masalah perut keras dan buncit boleh dikaitkan dengan beberapa faktor atau penyakit yang serius. Namun, selalunya gejala keputihan berwarna coklat adalah disebabkan oleh takungan sisa darah haid yang terkumpul di dalam rahim sehingga menjadi darah beku. Kemungkinan gejala tersebut berkait dengan masalah kekerasan pada bahagian bawah perut ataupun tidak kerana kekerasan tersebut juga boleh disebabkan oleh masalah penyakit usus.
Berikut merupakan penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah anda:
- Ketidakseimbangna hormon yang boleh menyebabkan haid tidak teratur
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim. Ini boleh menyebabkan haid anda tertakung dan juga boleh menyebabkan haid and menjadi ketulan berwarna coklat
- Penyakit adenomyosis
- Kanser rahim atau serviks
- Keradangan pada ruangan pelvis (Pelvic Inflammatory Disease)
- Jangkitan STI pada vagina atau rahim.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom berbahaya seperti:
- Keletihan dan tidak bermaya.
- Haid yang tidak teratur secara berpanjangan
- Kekerasan pada kawasan bahagian perut yang semakin menonjol dan membesar
- Senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid
- Pendarahan ketika melakukan hubungan intim
- Masalah pembuangan air kecil
- Keputihan bewarna kuning, hijau atau kelabu.
- Haid yang tidak datang secara berlarutan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.