
harmanhassan
5 tahun
Saya tak suka kena cucuk
Kenapa ada orang kena ambil insulin ada orang makan ubat pil je ok. Saya tak suka kena cucuk. Tak boleh ke saya makan pil jugak doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Jawapan untuk soalan ini bergantung kepada diagnosa anda. Terdapat dua jenis diabetis, jenis Type 1 atau Type 2. Adakah anda sedar jika anda mempunyai diabetes jenis Type 1 atau Type 2? Ya, biasanya kencing manis dari masa kanak-kanak adalah diabetis jenis 1 tetapi pada zaman kini, diabetes jenis 2 juga boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku.
Izinkan saya untuk menerangkan denga lebih lanjut mengenai pengurusan kedua-dua jenis kencing manis ini. Untuk diabetis jenis 1, pengurusannya hanya boleh menggunakan insulin. Ini kerana diabetis jenis 1, adalah keadaan di mana badan tidak menghasilkan insulin sama sekali atau kadang-kadang, menghasilkan insulin yang sangat kecil jumlahnya.
Insulin adalah hormon utama yang terlibat dalam penyimpanan dan pembebasan tenaga daripada glukosa yang kita makan. Oleh kerana badan tidak menghasilkan hormon utama ini, ia perlu diberikan secara eksternal melalui insulin sintetik yang kita suntikan. Jadi untuk menjawab soalan anda, insulin adalah rawatan tunggal untuk diabetis jenis 2.
Ubat pil atau tablet hanya boleh digunakan jika anda menghidap diabetes jenis 2, yang akan saya jelaskan dengan lebih lanjut di bawah. Diabetes jenis 2 adalah keadaan di mana badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi (lebih teruk daripada Jenis 1) atau menghasilkan insulin yang tidak boleh digunakan oleh badan kita sendiri.
Jadi dalam kes ini, pankreas (organ yang bertanggungjawab untuk pengeluaran insulin) boleh dirangsang untuk menghasilkan lebih banyak insulin. Ini tidak berlaku untuk diabetes jenis 1, di mana pancreas tidak boleh dirangsang sebab tiada insulin untuk dihasilkan.
Tablet / pil yang diberi mempunyai pelbagai mekanisme untuk membantu pankreas menghasilkan lebih banyak insulin. Pil yang paling kerap diberi adalah metformin. Metformin adalah terapi ubat yang paling pertama diberi. Kesimpulannya, insulin adalah satu-satunya rawatan seumur hidup untuk diabetis jenis 1 dan dalam diabetis jenis 2, insulin adalah pilihan terakhir selepas terapi ubat pil dan pengubahsuaian gaya hidup gagal.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.