
Sulit
3 tahun
Saya telah melakukan hubungan sex bersama seseorang tanpa memakai kondom adakah beliau akan hamil walaupun saya tidak mengeluarkan air mani didalam kemaluan beliau minta penerangan:pensive:
adakah beliau akan hamil pada waktu yang terdekat ataupun cara mengatasi supaya beliau tidak hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami persoalan anda mengenai kemungkinan untuk berlaku kehamilan jika tidak mengeluarkan air mani di dalam kemaluan pasangan.
Untuk pengetahuan anda, kemungkinan untuk pasangan anda mengandung masih ada walaupun anda tidak pancut ke dalam. Hal ini kerana terdapat kemungkinan sperma boleh didapti dalam cecair pre-cum (air mazi).
Untuk mendapatkan kepastian tentang kehamilan, ujian kehamilan boleh dilakukan selepas 2 minggu pasangan anda lewat datang haid.
Sekiranya pasangan anda tidak mengambil sebarang pil kontraseptif harian atau menggunakan sebarang bentuk perancang kehamilan, pasangan anda boleh mengambil pil perancang kecemasa, dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Pil ini tidak berkesan jika digunakan selepas tempoh tersebut.
Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan seks yang selamat dan dengan perlindungan bagi mengelakkan jangkitan serta kehamilan yang tidk diinginkan.
Sila hubungi kami secara atas talian sekiranya anda atau pasangan mempunyai sebarang keraguan tentang perancang kehamilan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor