Sulit
4 tahun
Saya telah mengalami berak berdarah setelah sekian lama. Pada satu hari saya mengalami masalah najis keras dan mengakibatkan rasa pedih selepas membuang. Saya mendapati bahawa terdapat benjolan seperti isi kulit yang terkeluar disekitar dubur
Saya seorang wanita berumur 25 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah sembelit dari sekitar umur belasan tahun lagi. Setelah berumur 25 tahun, saya mendapati satu hari saya telah mengalami masalah najis yang keras sehingga mengakibatkan rasa pedih di dubur dan berak berdarah. Setelah membuang, saya mendapati bahawa terdapat benjolan seperti isi kulit yang lembik berwarnah putih coklat di sekitar dubur. Pada mulanya ianya sakit, setelah itu ianya tidak berasa sakit. Akan tetapi Sehmasih lagi adamasih lagi ada dan tidak berasa sakit. Adakah itu skintag selepas buasir?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Melalu penerangan anda sahaja tidak mencukupi untuk saya membuat kesimpulan mengenai masalah benjolan yang anda hadapi. Ianya mungkin disebabkan skin tag ataupun benjolan buasir.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.