
niffah477
4 tahun
Saya teringin hamil
Saya ingin bertanya cara atau tips cara atau ubat yang berkesan untuk merancang kehamilan?saya teringin sangat hamil…saya check UPT banyak kali tapi negative tapi saya ad check symtom hamil…adakah saya hamil tapi UPT tidak dapat kesan mungkin kerana HGB saya rendah or tinggi.boleh bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk mendapatkan zuriat, anda perlu mengetahuii bilakah hari ovulasi anda supaya ovum (telur) anda dapat disenyawakan oleh sperma. Sekiranya kitaran haid anda adalah normal, kitaran 28-30 hari setiap bulan maka hari ovulasi anda adalah pada hari ke 13-16 dari hari pertama anda datang haid.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.