
Sulit
4 tahun
Saya terlanjur bersama tunang
saya lelaki berumur 24 thun telah terlanjur…adekah boleh menyebabkan pregnant

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko kehamilan bergantung kepada tahap kesuburan seorang wanita. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi. Mungkin tidak, tetapi ia bukanlah mustahil. Peluang wanita untuk hamil juga bergantung kepada seberapa pendek kitaran haid dan berapa panjang tempoh haid anda berlangsung.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pastikan persoalan anda terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu!