
Anonymous
5 tahun
Saya terlupa makan pil perancang regulon 1 hari
Macam mane Ni doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda terlupa pil Regulon atau kebanyakan pil perancang keluarga dalam tempoh sehari ataupun 24 jam, anda boleh mengambil pil yang anda terlupa pada secepat mungkin (bermakna anda mengambil 2 pil dalam satu hari). Kemudian sambung ambil pil seterusnya mengikut kadar biasa.
Sekiranya anda terlupa pil dalam masa 2 hari, sebaiknya anda patut juga menggunakan kondom sebagai pencegahan kehamilan di samping pil
Menurut apa saya fahami dalam kes puan, puan mengambil pil Regulon dalam masa 24 jam antara pil yang mana dalam tempoh selamat dan puan masih dilindungi dari kehamilan yang tidak dirancang.
Untuk menjawab sebarang masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.