
Sulit
4 tahun
Saya tiada masalah kesihatan , cuma mahu bertanya perlu ke untuk membuat saringan walaupun tiada gejala covid yg dialami akan tetapi saya baru duduk di klang kurang dari sebulan . mohon perjelasan terima kasih!
saya wanita berumur 19 dan masih belajar. saya nk tnya . saya tk direct or contact rapat dgn pesakit covid19 . dan tiada gejala covid yang saya alami . saya bekerja di kilang area klang untuk sementara waktu dan saya sentiasa mengamalkan pemakaian face mask dan sanitizer . saya baru duduk di klang dalam kurang dari sebulan . perlu ke saya buat saringan covid di klinik kesihatan? dan perlu membuat pembayaran ke untuk membuat saringan ni? terima kasih🙏🏻

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berikutan wabak COVID-19 yang melanda dunia, justeru kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda berada dalam golongan kontak rapat, anda berkemungkinan mempunyai risiko jangkitan. Kontak rapat adalah:
- individu yang secara langsung dengan kes positif covid 14 hari kebelakangan, sama ada bersemuka dengan pesakit covid dengan jarak kurang dari 1 meter atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes covid-19
- anggota kesihatan yang memberi perawatab kepada kes disahkan covid-19 tanpa memakai alat pelindung diri yang lengkap.
- individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan covid-19
- individu yang duduk dekat kurang 1 meter dengan kes covid-19 dalam satu premis
Dalam situasi anda, anda masih belum dikategorikan sebagai kontak rapat sekiranya anda yakin telah menjaga SOP sebaik mungkin. Anda tidak perlu kuarantin diri setelah mendapat keputusan negatif, namun ianya terpulang kepada anda.
Namun begitu, buat masa sekarang anda dinasihatkan untuk sentiasa memantau tahap kesihatan diri. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini