
Sulit
3 tahun
Saya Tidak datang haid pada bulan ini dan mengalami sakit dibahagian rahim dan belakang
Saya perempuan masih berumur 17 tahun yang mengalami masalah tidak datang bulan pada bulan ini dan juga mengalami sakit pada rahim

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kitaran haid tidak teratur dan kesakitan di bahagian rahim. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah ketidakteraturan kitaran haid anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- kehamilan
- gaya hidup yang terlalu aktif dan sibuk
- tekanan emosi
- masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- masalah PCOS
Selain itu, kesakitan yang anda alami mungkin disebabkan oleh endometriosis, fibroid, kanser ovari ataupun kehamilan. Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.