
anneayayes
4 tahun
Saya tidak sempat mengambil Postinor kali ke-2 setelah bersama dengan suami, namun saya telah mengambil Postinor sebelumnya dan kini sedang haid. Adakah saya hamil sedangkan saya telah mengambil Postinor kali pertama dah telah haid?
Hello doktor. Saya wanita berumur 24 tahun. Saya telah mengambil postinor pada 21 Disember 2020 yang lepas, namun saya telah bersama dengan suami selepas saya mengambil paket pertama Postinor dan dia mengeluarkan air mani di dalam vagina saya. Pada keesokan hari selepas bersama, saya tidak sempat untuk mengambil paket Postinor yang baru kerana telah datang haid. Adakah saya hamil kerana telah berhubungan intim jika tidak mengambil Postinor kali ke-2 walaupun telah datang haid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Secara teorinya, peluang untuk mengandung atau hamil adalah hampir tiada apabila datang haid. Namun,
sekiranya anda telah membuat ujian pregnancy test dan ia merupakan positif .Kemungkinannya period itu adalah disebabkan oleh pendarahan implantasi ataupun boleh disebabkan oleh masalah lain seperti masalah hormone yang boleh memyebabkan masalah period tidak teratur
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang dialami serta mengesan kehamilan atau mempunyai masalah lain yang agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.