
Sulit
4 tahun
Saya umur 25 tahun ingin bertanya pasal ubat hiv
Hai saya mahu Tanya. Saya ada ambil ubat hiv dari bulan 1 smpai bulan ni. Bebarapa hari lepas ubat saya dah hbis. Tpi masa buat rawatan tu Bukan di malaysia luar nagara dekat Philippines. Dorang tdak dpat post ubat saya sbb sekarang nie masih dlam masala covid. Smua tmpat post sana masih tutup saya risau saja pasal saya terberhanti makan ubat tue. Akan ada masala ka tu. Maaf saya hnya bertnya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketiadaan ubat untuk diambil bagi rawatan HIV. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Namun begitu, secara am seseorang yang berhenti mengambil ubat bagi rawatan HIV serta merta berisiko tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit lain kerana daya tahan imuniti lemah akibat kuantiti virus HIV meningkat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.