
Sulit
5 tahun
Saya wanita berumur 20tahun dengan berat 37kg, adakah normal jika tempoh period selama sebulan? Soalan kedua saya, mengapa selepas beberapa hari tempoh period saya, darah haid saya masih keluar dan sakit senggugut teramat sangat?
Apakah faktor kesihatan yang menyumbang ke arah masalah itu? Dan cara mengatasinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Antara rawatan lain bagi pendarahan berlebihan adalah seperti pil perancang keluarga, IUCD, rawatan hormon, kaedah “ablation” dan pembedahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.