
Sulit
4 tahun
Saya wanita berusia 20 tahun. I had unprotected sex in early march which is on 6march
Saya berhubungan sex tanpa perlindungan pada 6 hingga 8 march. Pada 8 march saya telah me mengambil postinor 2 sebagai langkah berjaga. Seminggu kemudian, berlaku pendarahan selama seminggu. Tetapi darahnya tidak begitu banyak sepeti haid biasa saya. Pada 12 april saya dapati keputihan saya berwarna coklat. Apabila menggunakan cotton bud ada sedikit warna coklat kemerahan. Namun pagi ini darah tersebut yang disangka haid tidak muncul. Adakah saya mengandung? Walaupun saya telah period seminggu selepas mengambil postinor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, setelah mengambil pil perancang kecemasan tersebut, anda akan tahu ia telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal. Anda disarankan untuk pergi ke klinik atau konsultasi dengan doktor sekiranya anda:
- Jika haid anda datang lewat melebihi 5 hari atau kelihatan luar biasa seperti terlalu banyak atau kemerahan terang.
- Jika anda masih bimbang bahawa anda mengandung.
- Sekiranya anda mengalami sakit yang mendadak atau tidak rasa selesa pada bahagian perut dibawah dan haid datang lewat.
- Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan anda atau inign tahu mengenai kaedah kontrasepsi yang paling sesuai untuk anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi