Sulit
4 tahun
Says skrng ni batok2 Dan sealer2.. Rase xde ble mkn bahu po tak de sy igt dmam biase je tp sy da g kilinik amk ubat
Dmam rase n bahu xde langsong…ble mkn Sara tkot…xde rase ape2 mkn kari… Tkot sy
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda batuk dan demam yang dialami, namun agak sukar untuk saya memahami jalan cerita anda sepenuhnya.
Umumnya gejala demam, batuk dan kehilangan rasa ketika makan boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan virus atau bakteria
- Inflamasi yang menyebar pada saluran tekak
- Penumpukan kotoran-kotaran pada saluran pernafasan
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera contohnya:
- Jangkitan COVID-19
- Demam denggi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



































