
Sulit
4 tahun
Scabies // gatal gatal
1)Saya mengalami gejala gatal di bahagian kemaluan dan bintik bintik seperti gigitan serangga yang banyak padda kemaluan. Ia juga perik pada waltu malam dam pagi
2)Saya juga mengalami hatal di celah tjari dan geram untuk menggarunya. Bintik bintik berair sering timbul. Ia juga timbul seperti garisan dari punca bintik gatal.
- Saya juga telah pergi lendapat rawatan doktor dan diberi krim permetrin dan dalam 4 minggu lalu sudah baik. Tetapi ia kembali 2 dua hingga tiga hari yang lalu.
Apakah puncanya?? adakah disebabkan kucing. Pada musim PKp ini apa yamg perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah scabies ini harus dirawat dengan merawat semua orang yang mempunyai kontak rapat atau bergejala seperti anda yang tinggal serumah. Hal ini kerana hama ini cepat merebak melalui perkongsian barang peribadi dan suntuhan kulit.
Selain itu, semua barang peribadi seperti cadar, tuala dan baju yang dipakai 3 hari sebelum rawatan diberikan harus dicuci dengan air panas kemudian disimpan selama 3 hari kerana hama ini akan mati setelah 3 hari luar dari kulit manusia.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.