
rose.sofea.br
2 tahun
Scoliosis tulang belakang
Anak perempuan saya berumur 16 tahun dan mempunyai masalah scoliosis dalam bacaan 18 ke 20% lebih kurang … dokter memberitahu tulang belakang anak saya tidak mempunyai masalah yang besar. Namun baru ini dokter telah menemukan bacaan darah putih anak saya agak tinggi dalam 17 …adakah scoliosis penyebab sel darah putih anak saya tinggi Dan adakah ianya merbahayakan kesihatan anak saya …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Scoliosis tidak menyebabkan sel darah putih tinggi. Sel darah putih memainkan peranan penting dalam sistem imun kita di mana sel-sel ini mempertahankan tubuh badan kita daripada jangkitan kuman. Apabila sistem ini berfungsi, keradangan berlaku. Bilangan sel darah putih meningkat dalam beberapa jenis penyakit seperti berikut:
- Jangkitan virus atau bakteria. Antaranya ialah URTI, jangkitan saluran kencing dan penyakit tibi.
- Alahan terhadap sesetengah ubat
- Kanser seperti leukemia dan limfoma.
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.