
Sulit
5 tahun
Scrotum seperti membesar tetapi tidak rasa sakit
umur saya 24 tahun. saya mengalami ketidakselesaan di scrotum saya.saya tidak mengalami sebarang kesakitan.gejalan ini sudah 5 hari berlaku.saya ada buat pemeriksaan kendiri tetapi tidak menjumpai apa2 kesan atau perubahan yg ketara.saya tidak menjumpai urat berbelit di scrotum dan scrotum saya tidak bulat seperti belon.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Ketidakselesaan scrotum tidak memberi banyak petunjuk kepada masalah anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.