annafauziana84
6 tahun
Seawall kandungan berapa minggu boleh cek dengan doktor?
Saya mengalami period on off dalam beberapa bulan yang lepas. Pernah keguguran sekali sepanjang 12 tahun usia perkahwinan. Pg tadi saya cek upt. Dan ianya +ve. Tapi saya risau upt tu salah. So seawall kandungan berapa minggu saya boleh cek dekat doc untuk memastikan saya hamil @ tidak?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ujian UPT boleh diperiksa seawal 2 minggu selepas hubungan seksual dengan suami. Manakala ujian pengesahan dengan pihak doktor pula adalah seawal usia kandungan 8 minggu. Sekiranya anda yakin ujian UPT anda positif, anda boleh memulakan pengambilan suplemen asid folik untuk memastikan nutrisi mencukupi untuk anda dan kandungan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























