
Sulit
4 tahun
Sebab mengapa tumbuh biji air di kemaluan suami saya
Saya wanita berumur 20 tahun sudah berkahwin, kenapa ye bila bersama suami kemaluan suami ada tumbuh biji air, bila suami. Pergi klinik check dr kata jangkitan kuman pada kemaluam suami saya. Bilaa saya pergi hospital dr cakap kemaluan saya takde apa ap, aa masalah yee?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah gejala ketumbuhan biji air pada kemaluan suami anda. Untuk makluman anda, gejala bebiji air seperti nanah atau bisul boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Penyakit alahan kulit (Contact dermatitis) yang boleh disebabkan oleh penggunaan sabun atau krim yang salah, ataupun kain pemakaian yang mempunyai bahan alahan.
- Keradangan pada batang bulu roma akibat kerap mencukur dan menyebabkan jangkitan kuman pada kelenjar bulu kemaluan.
- Jangkitan STD seperti jangkit bakteria, HIV, Syfilis, kulat, yis ataupun Chancroid. Jangkitan tersebut boleh disebabkan oleh hubungan seksual tanpa perlindungan.
- Penyakit kulit yang am yang merebak ke alat kelamin.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami boleh cadangkan anda untuk mendapatkan krim yang boleh mengurangkan keradangan dan kegatalan (jika ada) yang boleh didapati dari doktor anda atau pihak farmasi (dengan preskripsi sah) sebagai permulaan rawatan bagi mendapatkan kelegaan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda sekali lagi bagi menjalani siasatan lanjut yang memerlukan ujian darah dan sampel daripada biji air tersebut bagi mengetahui punca masalah anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.