
Anonymous
5 tahun
Sebulan tidak datang bulan
Saya perempuan Yang baru saja berusia 19 tahun. Saya sebelum ini tak pernah ada masalah dengan kitaran haid saya tapi baru-baru ini sudah sebulan saya tak datang haid. Saya sangat takut tapi saya tak hamil kerana saya Masih suci. Jadi apa Yang saya perlu buat doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur selain daripada hamil, menopause termasuk:
- Tekanan emosi yang berlebihan
- Berat badan kurang atau lebih misalnya anorexia nervosa
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.