
sabreenakefli
5 tahun
Sebulan tidak period, Mengandung ke?
Saya sabrina. Umur 26 tahun dan sudah berumahtangga. Mempunyai seorang anak lelaki.
Last date my of period is 20 September 2019 (5 days). Then, on October saya tak period for a month.
Tetapi, pada 5hbln November saya mula period, sampai ke harini, which is 2 December.
Saya period for 28 days for now. Sy masih konfius.
Sebab, period cycle sy selalunya normal.
So, sy expect that im pregnant. Malangnya, sy dah cuba 7 pt. Kesemuanya bagi negatif result.
And now sy period lebih dari normal cycle sy.
utk pengetahuan doktor, darah yg keluar juga tidak seperti selalu. Terlalu banyak dan menyebabkan sy perlu tukar pad lebih dari 6 kali sehari.
Adakah sy ada potential utk pregnant ? Dan macam mana kitaran haid sy selepas ini?
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan dan berlebihan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin atau jamu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.