
Sulit
4 tahun
Sejuk satu badan berlarutan
saya puteri umur 18 tahun , saya ada masalah penyakit sejuk kaki tangan sejak form 4 , sekarang rasa sejuk satu badan yang berlarutan , muka pucat , nak kata demam tak deman tapi rasa badan panas sejuk , peluh sejuk. Boleh doktor terangkan apa masalah yang saya hadapi sebenarnya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya terdapat banyak lagi makluman lain yang perlu saya ketahui sebelum kesimpulan dapat debirikan mengenai punca masalah yang anda hadapi.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Namun secara umunya, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
- Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Semoga anda cepat sembuh dan terima kasih.