
shuezamri
5 tahun
Sekita kemaluan gatal selepas bersalin
Saya wanita berusia 27thn, baru 25hari melahirkan anak sulung secara normal…dalam 3hari ni saya terasa gatal sekitar kemaluan hingga menyebabkan saya mengaru dan luka… Bila terkena air ataupon air kencing, sangat2 pedih… Dan yg selamatnya gatal tidak mengganggu kesan jahitan selepas bersalin. Apakah punca dan bagaimana untuk kurangkan kegatalan tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.