
Anonymous
5 tahun
Sekitar vagina berasa gatal
pertanyaan bagi pihak mak sy…mak selalu mengadu selalu berasa gatal di sekitar vagina…jadi kami beradik fikir mungkin di sebabkan mak pakai seluar dalam jadi sekitar vagina dia yg terkena tepi seluar dalam tu yg menyebabkn kegatalan…kami pun suruh mak jgn pakai seluar dlm bila berada di ruma tapi mak masih mengadu masih berasa gatal…boleh dok terangkan punca kegatalan tu berlaku? mak dah pergi jumpa dok cuma di beri upat sapu tp smpi skrg msh blm sembuh lg…tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan pada kemaluan boleh disebabkan:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti herpes genital
- Penyakit kulit seperti ekzema ataupun dermatitis alahan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Ibu anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.