
Anonymous
4 tahun
Seks bersama penagih dadah
sy ada mbuat hbungan seks dgn seorg lelaki. Dia buat 2 kali bsama dan setiap 2kli itu dia pncut dalam. lpas mbuat seks bsama sy br tahu dia adalah pngih dadah ice/syabu. apa yg perlu sy lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Antara masalah yang penagih dadah hadapi ialah berisiko mendapati penyakit HIV/Hepatittis sekiranya mereka berkongsi suntikan dadah. Untuk pengetahuan anda, HIV akan tersebar melalui pertukaran cecair badan iaitu darah, semen atau cecair faraj. Jika anda pasti memakai kondom dan tiada pertukaran cecair badan, maka kurang risiko penyebaran HIV. Walaubagaimanapun, anda dinasihati untuk menjalani ujian saringan HIV sekurang kurangnya 3-6
bulan (window period) sebagai langkah pencegahan.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah diri daripada jangkitan HIV adalah:
- Ketahui status HIV pasangan anda. Lakukan ujian HIV sebelum anda berdua melakukan hubungan seks.
- Lakukan hubungan seks yang selamat. Gunakan kondom dengan betul setiap kali anda melakukan hubungan seks.
- Hadkan bilangan pasangan seks anda. Semakin banyak pasangan seks anda punyai, semakin tinggi risiko bagi jangkitan HIV atau penyakit kelamin.
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih