
Sulit
4 tahun
Seks dengan perlindungan
Assalamualaikum doktor. Saya Ibu berusia 28 tahun dan mengambil suntikan depo untuk menjarakkan kehamilan. Adakah suami perlu memakai kondom walaupun saya sudah suntik depo? Ada kemungkinan ke untuk saya terhamil jika suami tidak menggunakan kondom? Terima kasih doktor

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, suntikan depo mempunyai keberkesanan lebih daripada 99% dimana bagi wanita yang mengambil suntikan tersebut, 1 daripada 100 orang hamil setiap tahun. Namun, realitinya suntikan tersebut mempunyai 94% tahap keberkesanan kerana terdapat segelintir yang terlupa untuk mengambil suntikan tersebut pada masa yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.